#Bismillahhirrohmanirrohim❤
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.
Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku berkaitan dengan tajuk kita iaitu tentang Aiskrim McD McFlurry Green tea(Matcha) ni..
Untuk pengetahuan korang, aku ni merupakan Pengemar Aiskrim lah jugak.. Asal ada masa terluang sikit je aku akan cari Aiskrim paling sedap bagi aku iaitu aiskrim Sundae Coklat..
STOP!! cerita pasal Sundae Coklat..(takut-takut terlari tajuk..hehe).. Mula-mula aku dapat tahu pasal aiskrim Matcha ni di iklan McD Matcha.. Sekali tengok je dah cukup membuatkan aku ingin merasa aiskrim tersebut.. Kebetulan pula keesokan hari tu aku cuti kerja, jadi aku pun terus merancang untuk meneroka kelazatan aiskrim green tea ni..
Maka tibalah hari yang dinanti-nantikan.. Tanpa membuang masa aku terus pergi ke McD yang terdekat iaitu di Melaka Sentral (MC).. Melayang-layanglah duit sebanyak RM5.99sen kepada syarikat McD tu.. Untuk pengetahuan korang, aku beli yang tanpa Kacang merah tau..(kalau yang ada Kacang merah kena tambah RM1)..
Sebaik sahaja Mcflurry tersebut berada di dalam genggaman tangan ku (pergh ayat..haha), aku terus mencari tempat duduk yang selesa supaya aku dapat merasai nikmat yang ALLAH beri ni dengan aman iaitu di bahagian tempat menunggu teksi berhadapan Courts (bukan mahkamah tau..tak boleh buat kira korang punya fikiran ni..hoho).. Hahaha.. Ingatkan kat dalam hotel 5 bintang..
Dengan lafaz bismillah aku terus merasainya buat kali pertama.. Korang nak tahu tak apa yang aku rasa?(yang dah tahu tu boleh pergi main jauh-jauh..hoho).. Pada awalnya aku ingatkan aiskrim green tea ni pahit macam air teh tanpa gula, ternyata sangkaan ku tidak benar belaka~(Cewahh..macam lirik lagu pulak).. Rupa-rupanya jeng jeng jengggg~~(bagi suspen sikit..hohoho).. Ternyata rasanya manis seperti perisa vanilla (mungkin sebab ia bercampur dengan aiskrim vanilla)..
Kebingungan sekejap aku.. Otak terus berkata: Mana rasa green tea nya?!.. Aku tak puas hati, aku cuba merasainya berkali-kali dan akhirnya aku menemui rasa sebenar green tea ni.. Korang mesti pernah minum air Teh tarik kan?(menipu kalau tak pernah rasa).. Itulah rasa nya dan ada sedikit pahit (pahit sikit je hujung-hujung tekak gitu) bercampur pula dengan rasa manis vanilla (boleh bayangkan tak?.haha)..
Selang beberapa minit kemudian aku merasakan rasa muak mula hadir semakin menghampiri ku (cewahh..ayat lagi).. Masa tu aiskrim masih lagi berbaki sekitar nisbah 1/3.. Cepat betul muak tu datang yer?.. Masa tu kalau ditambah lagi satu memang aku takkan terima lagi dah.. Berbeza pula dengan Sundae Coklat yang aku boleh habiskan 2 cup dalam satu masa (Sundae chocolatte a Legend..yeahh).. Akhir sekali berjaya juga aku habiskan walaupun ada rasa muak pada kemuncak penghabisan.. Itu sahajalah yang mampu aku kongsikan pendapat sendiri berkenaan aiskrim Matcha ni..
Kesimpulannya, kalau korang nak mencuba merasai sendiri green tea mcflurry ni dipersilakan (boleh lah nak menambah pengalaman korang yang tak beberapa nak ada tu..hehe).. Bak kata pepatah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"… Kalau ada salah/silap mohon maafkan dan nasihat supaya ianya dapat diperbaiki lagi~~

![]() |
haipp.. macam nak lari tajuk je~hehe |

"Yang baik datang dari ALLAH,
yang buruk datang dari saya sendiri"-Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan